Saturday, June 1, 2019

Program Infaq: Bubur Lambuk

 BUBUR LAMBUK



Ramadhan kali ini anak-anak berpeluang bergotong royong membuat bubur lambuk. Bahasa yang selalu digunakan di kampung-kampung 'rewang'. Bukan main seronok lagi anak-anak.  










Misinya adalah berkongsi rezeki. Mengenal konsep infaq kepada kanak-kanak. Infaq bukan sahaja mengenai wang ringgit tetapi ianya juga berkaitan dengan infaq masa dan tenaga.












Anak-anak begitu seronok dapat rewang bersama rakan-rakan dan guru-guru. Anak-anak belajar proses memasak bubur lambuk, bermula dengan pengenalan bahan masakan, menyukat dan mengira bahan, mengupas, memotong, membersihkan sehingga proses menumis.












Bagi anak-anak yang kecil, anak-anak didedahkan dengan dengan tekstur dan warna bahan. Aktiviti mengupas sendiri kulit bawang menggunakan jari dapat meningkatkan perkembangan motor halus anak-anak.






Anak-anak juga berpengalaman memberi bubur lambuk pada jiran dan kariah masjid. Di sini dapat anak-anak belajar cara berkomunikasi dan meyantuni orang dewasa. Ada yang masih malu-malu. Tetapi inilah proses pembelajaran. Daripada malu-malu anak-anak dapat membina keyakinan diriAnak-anak lebih seronok belajar apabila dapat belajar melalui pengalaman.

Terima kasih buat ibu ayah yang memberi galakkan dan sudi memberi bantuan, juga kepada teachers yang bertungkus lumus membantu anak-anak
May Allah Bless You.




Pendaftaran Taska dan Tadika masih dibuka!

Hubungi kami untuk Trial Class!!

Jom klik link dibawah.


No comments:

Post a Comment